Awareness Taklimat Pembelian Dalam Talian
10 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 9 Julai 2026 yang lalu, program taklimat pembelian dalam talian telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran peserta tentang cara membuat pembelian secara dalam talian dengan selamat dan bijak. Taklimat ini memberi penerangan mengenai pilihan platform yang dipercayai, cara menyemak penjual dan ulasan pelanggan, kaedah pembayaran yang selamat, serta Langkah-langkah mengelakkan penipuan dalam talian.
Peserta turut didedahkan kepada kepentingan menjaga maklumat peribadi dan membuat semakan sebelum melakukan sebarang transaksi. Program ini diharapkan dapat membantu peserta menjadi pengguna yang lebih berwaspada dan berpengetahuan ketika membuat pembelian dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: