Nadi Esport (Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan)

5 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai 2026 yang lalu, program NADI E-sukan iaitu Pengurusan Emosi Semasa Pertandingan telah diadakan dengan penyertaan peserta sekolah sebanyak 4 orang. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan emosi dalam e-sukan. Sepanjang sesi, peserta diberi pendedahan mengenai teknik mengawal tekanan, mengurus emosi ketika berhadapan situasi mencabar, mengekalkan focus serta mengamalkan komunikasi yang positif dan semangat kesukanan sepanjang pertandinga.

Peserta juga digalakkan untuk menghormati rakan sepasukan dan pihak lawan serta menerima keputusan pertandingan secara matang. Akhir sekali, program ini mencapai objektif yang ditetapkan dan berjaya memupuk sikap positif, disiplin serta keyakinan diri dalam kalangan peserta ketika menyertai pertandingan e-sukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali