PROGRAM KHAS MERDEKA DAN HARI MALAYSIA @NADI

8 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2025 yang lalu, telah diadakan Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia @NADI bersama YB Menteri Komunikasi. Program ini disambut serentak bersama NADI seluruh Malaysia yang lain. Program bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya ialah pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa, pertandingan menghias makanan dan juga pertandingan esukan. Ramai komuniti dan kanak-kanak yang mengikuti program khas ini. Mereka juga berasa sangat gembira kerana dapat mengikuti pertandingan tersebut sambil live bersama YB Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil. Dengan adanya program tersebut, komuniti sangat terharu dan seronok dalam menjayakan program ini bersama pihak NADI. Kami juga berharap agar komuniti di berdekatan NADI ini dapat memberi Kerjasama yang baik untuk program yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali