TINY TECHIES ROBOT SUMO SESI 3 SEKOLAH RENDAH

19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2025 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan program Tiny Techies Robot Sumo sesi yang ke 3 bagi sekolah rendah. Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa pelajar sekolah rendah. Objektif kelas tersebut diadakan adalah untuk memperkenalkan asas pengaturcaraan micro:bit melalui aktiviti membina dan mengendali robot sumo secara praktikal. Kelas ini juga merupakan sambungan untuk kelas sesi yang kedua pada minggu lepas. Selain itu, tenaga pengajar juga telah memfokuskan kepada pengenalan dan pemahaman asas mengenai robot sumo, yang merupakan robot yang direka untuk bersaing di dalam gelanggang seperti dalam perlawanan sumo sebenar. Seterusnya, mereka juga dapat belajar membuat robot sumo dengan sendiri untuk mengenali lebih dalam cara membuat robot sumo tersbut. Dengan adanya kelas seperti ini peserta dapat memahami asas pengaturcaraan, reka bentuk robot serta menggalakkan minat peserta dalam bidang sains dan teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali