PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SK LUBOK KEPAYANG

1 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Julai 2025 yang lalu iaitu hari Khamis, pihak NADI Kluster Saratok dan Kabong telah mengadakan Program Kempen Internet Selamat bertempat di SK Lubok Kepayang. Seramai 28 murid Tahap 1 dan Tahap 2 yang telah terlibat dalam program ini. Program ini bertujuan untuk memperkukuh kesedaran serta keupayaan peserta dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan digital yang semakin membimbangkan. Antara yang dirancang termasuk latihan jurulatih kepada guru, mahasiswa dan penggerak komuniti, sesi ceramah dan pameran keselamatan siber, selain pelbagai pertandingan yang menjurus kepada pendidikan penggunaan internet secara beretika dan berwaspada. Seterusnya adalah untuk memupuk budaya penggunaan internet yang positif dan produktif dalam kalangan murid seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Oleh itu, kempen ini sangat memberi impak yang positif untuk seluruh pelajar mahupun guru serta komuniti yang lain bagi memastikan setiap kumpulan sasaran bukan sahaja celik digital, malah mampu membuat keputusan yang bijak ketika berada dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali